Wednesday, February 23, 2011

Siapa Aku?

Aku adalah seorang anak, kakak, isteri, dan ibu. Sudah sekian lama aku bercita-cita untuk mencoretkan segala kenangan hidupku sebelum ianya luput dari ingatan. Kenangan di zaman kecil ku, kenangan di zaman kanak-kanak, kenangan di zaman remaja, kenangan di zaman dewasa, dan kenangan di zaman hampir senja (hehehehehe). Hanya kini aku berani create satu blog dan mula mencoret apa jua yang aku rasa aku ingin coretkan.

Di usia 38 tahun kini aku masih lagi meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar Ph D. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, kenapa aku di sini? Apakah aku telah tersilap langkah di zaman silam ku? Kadang-kadang aku persalahkan diriku dan selalunya aku akan persalahkan diri orang lain di sekelilingku. Tapi tiada guna memandang ke belakang, silap siapa tidak penting....tetapi ke mana hala tuju aku seterusnya yang penting ketika ini.

Aku dilahirkan 38 tahun yang lalu oleh ibuku yang berusia 17 tahun waktu itu. Abah ku seorang anggota polis hutan ketika itu. Ibuku hanya mampu meneruskan pengajiannya sehingga ke Tingkatan 3 dengan mempunyai Lower Certificate of Education (LCE). Abahku hanya mampu menamatkan pengajiannya sehingga Darjah 6, dan berbekalkan nasib yang baik, abahku berjaya menjadi anggota polis hutan, dan seterusnya pencen dengan pangkat Lans/Koperal (itupun orang kesian sebab sudah lama berkhidmat...kira pangkat 'kesian' la tu). Walau bagaimanapun, aku tetap bangga menjadi anak sulung kepada Robiah bt. Abdul Hamid dan Jahya b. Mohd Isa. Aku mempunyai 5 orang adik...3 lelaki dan 2 perempuan: Ferdaus (35), Raimee (32), Jameela (29), Eddy Fairuz (26) dan Rina Fairuz (22). Menjadi anak sulung kepada adik-adik adalah suatu tanggungjawab yang besar.

Sebagai seorang anak polis, aku berpindah randah, dan bertukar-tukar sekolah. Pernah bersekolah di Methodist Girls Primary School, Ipoh, Methodist Primary & Secondary School, Sg. Siput (U), dan akhirnya menetap di asrama Sek. Men. Teknik (TARP), Pulau Pinang. (Terlalu banyak memori aku waktu itu yang ingin aku coretkan...suka duka...akan aku coretkan di masa akan datang). Selepas tamat SPM, aku mendapat tawaran JPA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara...alhamdulillah cita-cita yang aku semat di dada sewaktu berusia 15 tahun beberapa minggu sebelum menduduki peperiksaan SRP selepas kejadian "tutup lampu" akhirnya bakal menjadi kenyataan. Aku meneruskan pengajianku selepas SPM di Pusat Persediaan Pendidikan, ITM Shah Alam (PPP/ITM Shah Alam) di Seksyen 17&18 pada tahun 1990-1993. Setelah bertungkus lumus untuk melepasi ujian TOEFL dengan score yang cukup-cukup makan untuk fly, aku akhirnya berjaya mencapai cita-cita untuk belajar ke luar negara. Alhamdulillah...aku gembira dan puas hati, kerana berkat usahaku dan berkat semangat protest ku terhadap ibubapaku membuatkan aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Amerika Syarikat pada August 1993. Bermulalah hidupku sebagai anak rantau...tiga tahun aku di Lincoln, Nebraska....dan selama 3 tahun itulah, aku bebas dari belenggu keluargaku, bebas dari permasalahan keluargaku, bebas dari tanggungjawabku sebagai anak dan sebagai kakak (yang sehingga kini aku kesali).

Aku pulang dengan segulung ijazah, aku menjadi anak sulung kebanggaan, cucu sulung kebanggaan keluargaku. Bekerja di sebuah Bank di Kuala Lumpur selama 3 tahun, kemudian mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang teramat baik, alhamdulillah. Selepas seminggu pernikahan, aku pun berangkat ke Amerika Syarikat bersama suamiku, meneruskan kehidupan di sana (Phoenix & Las Vegas) selama 4 tahun. Disebabkan rasa tanggungjawabku sebagai anak sulung yang sepatutnya membantu keluarga ku (aku anak dan cucu kebanggaan, remember?), aku pulang juga ke tanahair untuk menunaikan tanggungjawabku terhadap keluarga. Aku sambung pengajian Master pada tahun itu (2002) sebab aku pikir, setelah 4 tahun aku di Amerika, ada kemungkinan degree dan experiences yang aku ada itu sudah obsolete. Maka, aku sambung pengajian Master di USM kononnya to be more competitive and marketable. Ternyata, dengan adanya MBA, dan dengan adanya 2 anak kecil ketika itu (5 tahun dan 1 tahun), peluang pekerjaan itu amat payah sekali untuk aku perolehi. Setahun menganggur, akhirnya aku berpeluang bekerja sebagai pegawai penyelidik sambilan di USM, dan di situ lah bermulanya perjalananku sehingga ke sini, di bumi Perth ini.

Aku melanjutkan pengajianku di University of Western Australia pada 17 November 2008 dan kini aku telah memasuki tahun yang ketiga, tahun yang agak genting untuk menentukan masa depan hidupku. Kini aku bersama keluargaku: my wonderful husband and my 3 beautiful children, Hilmi (12), Aqeel (8), and Nia Hannah (5).

Akulah anak, akulah kakak, akulah isteri, dan akulah ibu ....

2 comments:

  1. Kak Emma, tak der coretan baru ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.....tunggu!!!! Jgn jadikan penantian itu suatu penyeksaan buatmu! Kik kik kik ....

      Delete